TONGGAK sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menyifatkan kariernya sepanjang musim ini cukup unik dan penuh rasa kesyukuran kepada Allah.

Apa tidaknya, pemain berusia 25 tahun itu menikmati musim cemerlang bersama Merah Kuning dengan membantu kelabnya layak ke pentas Asia musim 2024/25.

Musim 2023 ini sangat istimewa, hati saya penuh dilimpahi dengan kesyukuran. Kepada peminat setia yang sentiasa menjadi inspirasi saya, Kelab yang terus mempercayai saya, rakan sepasukan yang berjuang di samping saya, dan keluarga saya yang menjadi tulang belakang saya. Terima kasih.

“Setiap kejayaan adalah bukti kekuatan yang kita kongsi bersama. Perjuangan ini adalah milik kita, dan saya berbesar hati mempunyai semua di sisi saya. Kepercayaan semua menyemarakkan setiap langkah saya.

May be an image of 1 person, playing football, playing American football and text

“Apa yang kita capai musim ini adalah hasil titik peluh, air mata perjuangan, azam, cita-cita, dan ikatan yang tidak dapat dipecahkan yang telah kita jalin bersama,” katanya.

Berkongsi 12 gol bersama Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim) sebagai penjaring terbanyak tempatan tahun ini, Faisal bakal beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Dia juga tersenarai dalam persiapan Harimau Malaya menghadapi kempen pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar bulan depan.