PASUKAN bola sepak wanita Arab Saudi tumbang kepada Jordan 3-1 pada perlawanan pembukaan Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) 2024 di Jeddah, awal pagi Selasa.

Walaupun persembahan bersemangat sepanjang 90 minit dipamerkan daripada pasukan Lluís Cortés, Jordan menguasai Kumpulan A, tetapi Arab Saudi masih boleh layak ke peringkat kalah mati dengan perlawanan menentang Lubnan dan Guam masih akan berlangsung pada Rabu dan Jumaat.

Berlangsung di Jeddah sehingga 29 Februari, Kejohanan Wanita WAFF 2024 merupakan pertandingan rasmi 11 sebelah wanita yang pertama pernah diadakan di Arab Saudi.

Penyokong Arab Saudi membakar semangat perjuangan pemain bola sepak sepak wanita.

Edisi kelapan tahun ini melibatkan tujuh negara bersama tuan rumah, termasuk Jordan, Syria, Iraq, Lubnan, Palestin, Guam dan Nepal.