PELUMBA JDT Racing, Hafizh Syahrin Abdullah, menamatkan pusingan latihan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dalam kelas ASB1000 dengan catatan masa 1:50:712, hanya 20 saat di belakang pelumba teratas, Sho Nishimura (1:50.597) dari Jepun.
“Kami telah menamatkan semua sesi latihan, termasuk Latihan 1, 2, dan ketiga. Dalam latihan pertama dan kedua, kami tidak berada di landasan yang betul dan membuat kesilapan kecil di Selekoh 3.
“Namun, kami berusaha sebaik mungkin untuk pulih dalam Pusingan 3 dan mendekati masa terpantas,” kata Hafizh selepas sesi latihan di Mobility Resort Motegi, Jepun.
Hafizh juga menyebut bahawa sedikit penambahbaikan diperlukan untuk pusingan kelayakan hari ini, terutamanya dalam memudahkan pengendalian motosikal, kerana ia sedikit bergerak semasa perlumbaan.
“Saya berharap kami bersedia dengan baik untuk pusingan kelayakan esok (hari ini) dan akan melakukan yang terbaik untuk berjuang merebut tempat di podium,” ujarnya.
Keputusan masa pusingan terpantas sesi latihan :
- Yuki Kunii – SDG Team HARC-PRO Honda Ph. (1’50:143s)
- Sho Nishimura – TKKR BMW Racing Team (1’50:597s)
- Hafizh Syahrin Abdullah – JDT RACING TEAM (1’50:712s)
- Azlan Shah Kamaruzaman – TKKR BMW Racing Team (1’51:171s)
- Andi Farid Izdihar – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (1’51:178s)