PELUMBA JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan kedudukan kesembilan dalam kategori ASB1000 sesi latihan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 pusingan satu di Litar Antarabangsa Chang, Buriram.
Hafizh membuat penampilan sulungnya bersama pasukan selepas terlepas ujian rasmi pada Rabu kerana jentera belum tiba akibat masalah kargo.
Dalam tiga sesi latihan semalam, Hafizh mencatat masa 36.158 saat (s) setiap pusingan, dibelakang penunggang tempat pertama Markus Reiterberger dari TKKR Racing Team 0.747s.
Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dari TKKR Racing Team berada di tempat kedua dengan masa 35.421 saat setiap pusingan, hanya dipisahkan 0.010 saat dibelakang tempat pertama.
Keputusan keseluruhan sesi latihan menyaksikan Markus menerajui dengan catatan 1:35.411s diikuti oleh Azlan (1:35.421s) dan Andi Farid Izdihar dari Honda Asia Dream Racing (1:35.456s).
“Saya perlu memacu lebih keras untuk berada di puncak kerana semua pelumba sangat pantas dan ia pasti bukan tugas yang mudah. Azlan sangat kuat, jangan lupakan Andi dan pelumba Honda lain, serta Hafizh Syahrin yang menunjukkan peningkatan drastik dengan motosikal Ducati.
“Mengenai jentera, saya sedang cuba enjin baru dan beberapa bahagian, jadi harap-harap boleh menyesuaikan diri dengannya dalam masa yang paling singkat,” kata Markus.