PERTAHANAN import Johor Darul Ta’zim (JDT), Oscar Arribas enggan memilih Jordi Amat sebagai pemain paling pantas pernah dimiliki kelab tersebut.

Sebaliknya, dia lebih mempercayai kepada kemampuan pemain muda paling bernilai JDT, Arif Aiman Hanapi kerana sangat lincah ketik berada di padang.

Selain Oscar, Arif turut menerima pujian dari bekas pemain Liga Perdana Inggeris, Shane Lowry dan Jordi Amat.

Pemain berusia 21 tahun itu telah membantu JDT mencatat kemenangan keatas pasukan eropah, Lokomotiv Moscow dalam aksi persahabatan sebelum liga bermula.

Arif kini menjadi antara pemain yang sangat diinginkan setiap pasukan berlandaskan kredibiliti dan gelecekan sentuhan terakhir luar biasa yang dimilikinya sebagai seorang pemain.

Kecemerlangan Arif Aiman dalam setiap perlawanan pastinya akan terus ditagih skuad kendalian Esteban Solari dalam perlawanan mendatang. JDT bakal berdepan gergasi eropah, Zenit ST Petersburg hari ini sebagai pelengkap kempen pra-musim 2023 JDT di Dubai.