ARSENAL berjaya mengalahkan Manchester United 3-1 pada aksi ke-33 Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Emirates pada Sabtu.

Tiga gol Arsenal dihasilkan oleh Nuno Tavares, Bukayo Saka dan Granit Xhaka. Sementara The Red Devils hanya mampu membalas melalui Cristiano Ronaldo.

Kemenangan penting ini melonjak kedudukan Arsenal naik ke tangga keempat liga dengan 60 mata. Manakala, Manchester United berada di tempat keenam dengan koleksi 54 mata.