PASUKAN Bola Sepak Anak Selangor (ASFC) yang menjadi wakil Selangor berjaya muncul juara sulung Liga Komuniti Isma 5 buah negeri Edisi Perantau 2023.

Perlawanan itu diadakan selama lima minggu mengikut format secara liga berlangsung di Padang Arena Bukit Jelutong, Shah Alam.

Ketua pasukan Selangor, Mohd Faizal Wahid kelihatan puas dan berharap kejuaraan sulung ini dapat membakar semangat pemain pemain muda yang akan bertanding di liga Persatuan Bola Sepak Selangor pada Mei depan.

“Terima kasih kepada pengurus pasukan dan juga pemain pemain yang bertungkus lumus membawa pasukan hingga menjadi juara.

“Terima kasih penyokong penyokong yang sentiasa menjadi pemain ke-12 menyokong pasukan bolasepak ASFC,” katanya.

Naib juara menjadi milik Kedah, Terengganu meraih posisi ketiga, diikuti Perak dan kelima Pahang.