PEMAIN Malaysia, Asheer Shafiq Abdul Karim diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab Liga 1 Montenegro, OFK Petrovac baru-baru ini.
Pemain berusia 19 tahun itu mengikat kontrak bermula 16 Mac 2023 sehingga 2 Februari tahun depan.
Asheer Shafiq yang miliki ketinggian 1.85 meter sebelum ini menyertai pasukan Kuala Lumpur City FC B-19 pada musim 2021 dan pernah menyarung jersi PDRM FC B-19 serta CIMB-YFA.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi Instagram ejennya, Alexander Talpes (agency_at007).
Kehadirannya amat diperlukan kelab OFK Petrovac bagi memperkuatkan gawang gol pasukan ini.
Ia juga merupakan peluang keemasan untuk anak jati Selangor mendapatkan lebih banyak minit permainan supaya dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.