ATLET kayak negara, Siti Nurul Masyitah telah terlibat dalam satu insiden kemalangan apabila dilanggar dan diseret sejauh 600 meter dari motosikalnya.

Masyitah yang merupakan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan difahamkan mengalami kecederaan serius berikutan kemalangan yang berlaku di lebuh raya EDL, pada Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PPJKM PIS 🛠 (@ppjkm.pis)


Terdapat satu rakaman daripada saksi yang dilihat seakan pemandu sebuah kenderaan SUV itu memandu dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang sebelum merempuh motosikal yang ditunggang Masyitah.

Masyitah kini dipercayai sedang menerima rawatan di Hospital Columbia, dan FLASH SUKAN mendoakan agar Nurul Masyitah segera pulih daripada segala kecederaan yang dihadapi.