Atlet lompat galah Perancis, Anthony Ammirati tewas di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila kemaluannya terkena pada palang.
Anthony menjadi viral selepas penampilannya yang ‘mengejutkan’ pada Sabtu, sekaligus memyaksikan dia gagal mara ke peringkat seterusnya selepas palang berlanggar dengan alat sulitnya.
Rakaman kejadian itu jelas menunjukkan Ammirati cuba melepasi lompat galah, tetapi kemaluannya tersangkut dengan palang dan menyebabkan dia mendarat dengan tidak sempurna.
Bagi Ammirati sendiri, kekalahan itu sangat serius. Alat sulitnya menyebabkan dia terlepas meraih pingat dari acara berkenaan dan mengakhiri impiannya untuk memenangi emas Olimpik tahun ini.
Aksi yang dianggap lucu dan kelakar itu terus tular di laman sosial sehingga ke hari ini.