KONTINJEN negara perlu membiasakan diri dengan cuaca di Sukan SEA 2023 Kemboja. Ini tidak dapat dipisahkan daripada perbezaan antara keadaan di dalam dan di luar venue.

Terbaharu, sukan badminton negara baru bertolak ke Phnom Penh pada Sabtu dan akan menyertai pertandingan yang bermula pada 8 hingga 16 Mei. Mereka bertanding dalam kategori pasukan lelaki, pasukan wanita, pasukan campuran dan individu, yang mana kesemua acara ini diadakan di Phnom Penh, Kemboja.

FLASH SUKAN yang berada di Kemboja sejak 2 Mei lepas dapat merasai bahang di sekitar beberapa venue pertandingan terbuka seperti kriket, bola sepak, obstacle dan pekarangan Stadium Morodok Techo.

Justeru itu, atlet harus untuk membiasakan diri dengan cuaca di Phnom Penh yang sangat panas di luar tetapi sejuk di padang khusus permainan dalam dewan tertutup.

Pun begitu, mereka perlu mengekalkan keadaan semasa dan menumpukan 100 peratus setiap acara yang disertai.

Sebagai contoh, permainan badminton walaupun tidak berpanas di luar tetapi pergerakan dalam gelanggang membabitkan aspek teknikal dan kecergasan menjadi faktor utama dalam meraih mata.

Atlet perlu lebih menyesuaikan diri dengan bulu tangkis kerana arah pukulan bulu tangkis itu laju manakala tempat untuk Dewan Badminton Morodok Techo boleh dikatakan sempurna walaupun agak kecil.

Kepada pasukan badminton Malaysia, selamat berjuang !