DETIK yang mengerikan terjadi di Paris apabila pasukan perubatan segera bergegas membantu atlet Perancis, Alessia Zarbo yang rebah di tengah-tengah perlumbaan akhir 10,000 meter Olimpik 2024.

Itu merupakan satu momen yang menyedihkan dan cukup tragis, malah pelumba-pelumba lain sekadar terus berlari tanpa menghiraukan peserta yang rebah itu.

Zarbo hanya perlu melengkapkan beberapa pusingan lagi di trek Stade de France, namun tidak kesampaian apabila dia tiba-tiba rebah di lorong utama larian.

Detik yang dapat dilihat oleh penonton televisyen apabila pasukan perubatan segera memberikan bantuan kepada pelari tersebut, dengan yang lain membawa pengusung untuk membantunya.

RMC Sport dari Perancis melaporkan bahawa Zarbo kini berasa lebih baik dan semakin pulih selepas perlumbaan. Dia tidak memberikan sebarang temu bual selepas perlumbaan.

Oleh itu, masih belum jelas lagi sama ada Zarbo yang rebah dan pengsan secara tiba-tiba itu telah dijangkiti wabak COVID-19 yang sedang menular di perkampungan atlet Olimpik.