SERAMAI 33 atlet Kedah yang merekodkan pencapaian cemerlang pada temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Kuala Lumpur November lalu, menerima insentif kerajaan negeri.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan insentif kemenangan atlet para Sukma di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.
“Semoga majlis ini dapat menyuntik motivasi para atlet untuk lebih bersemangat untuk berjuang di Temasya Para Sukma akan datang
“Majlis ini tanda penghargaan dan terima kasih khas buat para atlet, jurulatih, para pegawai dan kontinjen yang telah memberikan komitmen terbaik dan mempamerkan kesungguhan pada Temasya Para Sukma XX, MSN 2022,” menurut kenyataan itu.
Turut hadir, Mohd Firdaus Bin Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah), Mohd Nizam Ismail (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah), Zulzuraidy Othman (Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah) dan Siti Norbaya Romli (Pengerusi PESRON Negeri Kedah).