ATLETICO Madrid dikatakan hanya akan melepaskan Joao Felix jika Manchester United bersetuju dengan harga 13.25 juta pound (RM176 juta)

Permintaan Atletico Madrid untuk melepaskan bintang Portugal itu  adalah lebih daripada dua kali ganda yang sanggup dibayar oleh Manchester United.

Difahamkan Felix juga mahukan gaji sekitar 5.3 juta pound (RM27.7 juta) sepanjang baki musim ini, menyebabkan kos keseluruhan perjanjian itu hampir mencecah 20 juta pound (RM1 billion)

United telah menolak syarat tersebut dan kini sedang mencari alternatif, setelah memberitahu Atletico dan ejen Felix Jorge Mendes bahawa perjanjian itu harus jauh lebih murah sebelum mereka mempertimbangkan untuk kembali ke meja rundingan.

Sumber mengatakan tiada perbincangan langsung pada masa ini dan itu tidak mungkin berubah melainkan kelab Sepanyol itu mengubah pendirian mereka

United berada dalam pasaran untuk mendapatkan penyerang pada jendela perpindahan Januari untuk menggantikan rakan sepasukan Felix di Portugal, Cristiano Ronaldo.

Pengurus Erik ten Hag menyasarkan Cody Gakpo dari Belanda sebelum bintang PSV Eindhoven itu bersetuju dengan perpindahan ke Liverpool.