PASUKAN Formula 1 Sauber telah membuat pengumuman bahawa baru-baru ini Audi telah memiliki pegangan minoriti dalam syarikat itu sebagai persediaan untuk menyertai Formula 1 pada 2026.

Pengeluar kereta dari Jerman itu pada awalnya sudah mengesahkan penyertaan dalam Formula 1 tahun lalu apabila peraturan enjin baharu yang bakal menyaksikan peningkatan kuasa elektrikal dan penggunaan bahan api yang mampan dalam tempoh tiga tahun.

Hasilnya, Audi telah melancarkan pelan untuk bekerjasama dengan Sauber yang berpangkalan di Switzerland yang kini bersaing sebagai Alfa Romeo yang menggunakan enjin Ferrari sebagai pasukan utama mereka.

 

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Kumpulan Sauber pada Isnin yang mengatakan mereka gembira untuk mengumumkan bahawa seperti apa yang telah dirancang sejak Oktober 2022, Audi telah memiliki pegangan minoriti dalam kumpulan itu pada Januari 2023.

“Ini adalah satu lagi pencapaian dalam usaha Audi untuk menyertai Formula 1 yang dijadualkan pada 2026 dengan Kumpulan Sauber akan menjadi rakan strategik buat jenama Jerman itu.”

Sauber akan terus bersaing dengan jenama Alfa Romeo pada 2023 sebelum berakhirnya kolaborasi dengan pemandu mereka Valtteri Bottas dan Zhou Guanyu cuba untuk memperbaiki kedudukan keenam dalam kategori pengeluar musim lalu.

Kehadiran Audi dalam Formula 1 akan menambahkan lagi pengeluar enjin dalam sukan terpantas dunia ini dengan kini hanya Mercedes, Ferrari, Honda dan Renault sahaja yang menjadi pembekal enjin kepada semua pasukan.