SKUAD badminton di Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia berpeluang memburu empat emas apabila mempunyai empat wakil ke final, acara individu, esok.
Kemaraan perseorangan lelaki, Hooi Shao Herng menjadikannya, mengetuai rakan sepasukan lain seperti Wong Tien Ci-Liew Xun (beregu lelaki), Valeree Siow-Lee Xin Jie (beregu wanita) dan Wee Yee Hern-Ng Qi Xuan (beregu campuran).
Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Malang hari ini, Shao Herng menewaskan Arree Puritat 21-19, 16-21, 21-13 manakala Tien Ci-Liew Xun menang 23-21, 21-19 ke atas beregu Thailand, Mangkornloi Neuaduang-Promsarin Paramet.
Sementara itu, Valeree-Xin Jie menewaskan wakil Thailand Pattaraporn Rungruengpramon-Pichamon Phatcharaphisut 21-15, 21-17 dan Yee Hern-Qi Xuan menang 21-10, 21-18 ke atas beregu tuan rumah, Hafidz Gerardo Rizqullah-Nadia Tryola.
“Alhamdulillah hari ini (semalam) apa yang disasarkan tercapai, cuma berdepan kesukaran dalam perseorangan wanita. Kita akan cuba yang terbaik untuk dapatkan seberapa banyak pingat emas esok (Selasa),” kata jurulatih pasukan negara, Datuk Rashid Sidek.
Selain empat wakil di perlawanan akhir, Malaysia turut memiliki tiga pemain pada aksi penentuan pingat gangsa menerusi perseorangan lelaki, Anson Cheong yang akan berdepan Puritat.
Dalam pada itu itu, satu pingat gangsa sudah berada dalam genggaman apabila dua pemain negara, N Saranya dan Ung Yi Xing akan berdepan sesama sendiri dalam acara perseorangan wanita.
Terdahulu, Malaysia meraih satu pingat perak menerusi acara berpasukan wanita manakala skuad berpasukan lelaki sekadar berpuas hati dengan gangsa.