PENYERANG dari Colombia, Ayron Del Valle dikatakan telah bersetuju untuk menyertai kelab Liga Super, Selangor FC.

Ia selepas Ayron del Valle tidak memperbaharui kontraknya dengan pasukan Once Caldas.

Pemain berusia 33 tahun itu bagaimanapun tetap berada dalam orbit beberapa pasukan bola sepak profesional Colombia. Pengumuman rasmi pengambilan Del Valle hanya akan dibuat pada Sabtu ini.

Pasukan dari Timur Tengah akan menjadi kelab yang ke-12 dalam kerjaya Ayron Del Valle, manakala destinasi terbaharunya ini adalah dari Asia Tenggara iaitu Selangor.

Menurut primertiempo.co, pasukan baharunya, menduduki tempat kelima musim lalu dalam carta Liga Super dan pernah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 33 kali.

Lelaki asal Cartagena ini juga telah didekati oleh pasukan seperti Bucaramanga, Deportivo Pasto, Millonarios namun mungkin bakal berhijrah ke luar negara.

Untuk rekod, bersama Once Caldas, Del Valle membukukan 12 gol dan tiga bantuan dalam 38 perlawanan, 26 daripadanya sebagai pemula.