PEMILIK rekod kebangsaan 100 meter (m), Muhammad Azeem Fahmi terus mempamerkan larian lebih pantas dalam acara terbabit, apabila melakukan 10.11 saat (s) pada saringan Kejuaraan Trek dan Padang SEC di Loisiana, awal pagi Sabtu.
Catatan itu membolehkannya mara ke final sebagai pelari kedua terpantas, di belakang rakannya yang juga dari Universiti Auburn , Fabour As yang mencipta masa 10.06s pada saringan pertama manakala wakil Tennessee, Javonte Harding ketiga pantas dengan catatan 10.13s.
Perkembangan terkini Azeem ini menunjukkan dia berada di landasan terbaik untuk menghampiri atau mengatasi rekod kebangsaan 10.09s miliknya yang dilakukan di Kejohanan Remaja Dunia, di cali, Columbia tahun lalu.
Favour Ashe 🇳🇬 runs 10.06s to lead men's 100m at SECs alongside 19-year-old Azeem Fahmi in 10.11s for an Auburn 1-2 finish. pic.twitter.com/kMEi91Rj4D
— oluwadare (@Track_Gazette) May 13, 2023
Pada Perlumbaan di East Coast Florida bulan lalu, Azeem melakukan catatan 10.14s, manakala di Kejuaraan Florida State Universiti (FSU), dia mencipta masa 10.32s.Azeem menetapkan sasaran untuk melakukan catatan 10.00s bagi melayakkannya ke Kejuaraan Dunia di Budapest, Hungary, Ogos depan.