MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bangga pencapaian dilakar Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Asia pada Sabtu.
“Azeem membanggakan kita lagi.
“Lelaki ketiga terpantas di Asia,” ucapnya ringkas melalui hantaran yang dimuat naik di Facebook beliau pada Sabtu malam.
Anak kelahiran Teluk Intan, Perak yang baru berusia 19 tahun itu akhirnya menamatkan kemarau pingat selama 41 tahun bagi acara tersebut.
Azeem berjaya mencatatkan rekod 10.11 saat (s) untuk memenangi gangsa dalam penampilan pertamanya pada acara yang berlangsung di Hangzhou, China.