Sumber : Unit Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia
PELARI pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi selesai menjalankan tugas selaku pembaca ikrar pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 di Dataran Merdeka pada Rabu.
Ini merupakan penghargaan kepada seseorang atlet tambahan pula orang yang dipilih untuk membaca ikrar bersempena hari bersejarah tersebut bukanlah calang-calang.
“Pencapaian besar dan penghormatan untuk memimpin semua orang untuk bacaan ikrar hari ini. Alhamdulillah, banyak lagi yang akan datang. Insha Allah,” katanya dalam ciapan di Twitter.
Remaja berusia 18 tahun itu muncul pelari pecut junior kelima terpantas dunia di Colombia.
anyway big achievement and its an honour to lead everyone for bacaan ikrar today. Alhamdulillah more to come in sha Allah 🤍🇲🇾
— azeemfahmi (@_azeemf) August 31, 2022
Dia mencipta rekod kebangsaan baharu 10.09s, memecahkan catatan sebelumnya 10.18, dalam pusingan pertama acara 100m.
Anak kelahiran Perak itu mencatat masa 10.19s dan 10.14s pada separuh akhir dan akhir (untuk menduduki tempat kelima) dalam kejohanan.
Azeem kini sedang membuat persiapan untuk Sukan Malaysia bulan depan di Lembah Klang. Pelari pecut akan bersaing dalam acara 100m, 200m dan 4x100m.