KALIMAH suci Alhamdulillah pertama kali diterbitkan jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang sebaik selesai melakukan pemeriksaan rutin di Institut Jantung Negara (IJN).

Pemeriksaan itu dilakukan untuk memastikan tahap kesihatan Azizulhasni khususnya jantung berada di dalam keadaan terbaik menjelang Sukan Asia Hangzhou tidak lama lagi.

“Untuk pengetahuan semua, proses routine checkup tersebut dibahagikan kepada dua hari yang berbeza.

“Hari pertama saya melakukan CT coronary angiogram scan manakala pada yang keduanya saya melakukan Cardiac MRI.

“Prosesnya selama satu jam di dalam MRI dan 30 minit untuk CT scan. Apabila berada di dalam scanner dan selama proses tersebut, ianya membuatkan saya mengimbau kembali segala detik keperitan yang saya perlu lalui sepanjang melalui kisah perjalanan masalah jantung dahulu.

“Syukur Ya Allah,” ciap Azizulhasni di Twitter pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN : Semoga cepat sembuh ‘The Pocket Rocketman’, baharu selesai jalani pembedahan masalah jantung

Pada 1 Mei tahun lepas, berita yang kurang baik buat arena sukan tanah air apabila The Pocket Rocketman disahkan mengalami masalah jantung iaitu anomalous aortic origin of right coronary artery (AAORCA).

Image

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu proses pemeriksaan berkala itu berjalan lancar.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Dato Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon di atas membantu menguruskan dan melancarkan segala proses serta sentiasa ambil cakna tentang tahap kesihatan saya.

“Juga kepada pihak IJN dan Institut Sukan Negara (ISN),” katanya lagi.

Selepas ini, Azizulhasni akan mengetuai skuad basikal negara akan beraksi di Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China bermula 23 September depan.