HARI ini pasukan lumba basikal trek Malaysia akan memulakan perlumbaan pertama Piala Negara-Negara di Jakarta, Indonesia.

Acara yang disertai oleh pelumba negara pada Jumaat adalah Team Sprint Lelaki dan Team Sprint Wanita.

Bagaimanapun, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tidak menyertainya bagi memberikan ruang kepada rakan-rakan lain khususnya pelumba muda dari Johor, Muhammad Ridwan Sahrom

“Pada penyertaan kali ini saya hanya akan memberikan tumpuan kepada dua acara sahaja iaitu Keirin dan Sprint.

“Oleh itu, marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada pelumba-pelumba negara yang akan berentap pada hari ini.

“Malaysia Boleh! ,” ciapnya menerusi Twitter.

Perlumbaan ini disifatkan penting kerana para pelumba dalam misi memburu mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.