PELUMBA pasukan ONEXOX BMW TKKR Team, Azlan Shah Kamaruzaman tekad mempersembahkan aksi 110 peratus untuk mencabar Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2023.

Juara pertama ASB1000cc yang diperkenalkan di peringkat Asia pada 2019 berusia 38 tahun itu berkata, dia berterima kasih kepada bos pasukan yang masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus membuktikan diri.

“Ramai yang kata saya dah habis (zaman perlumbaan). Betul sudah tiga tahun jatuh seperti roket langit punya keputusan, tetapi kita masih positif dan cuba mencari keputusan untuk pasukan

“Tahun ini saya akan push dan berikan 110 peratus untuk kejuaraan. Insya Allah. Let’s go team !!!!!! ,” kata Azlan yang pernah mewakili negara pada pentas Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 secara musim penuh pada 2014 dan 2015.

Kempen 2023 dijadual berlangsung sebanyak enam pusingan dengan Malaysia menjadi venue bagi Pusingan 2 dari 12 hingga 14 Mei ini.

Sepanjang perlumbaan, Azlan Shah pernah meraih gelaran juara kelas perdana sebelum edisi 2019 iaitu SuperSports 600cc pada 2013 dan 2017 berkata.

Dia juga memikul tanggungjawab sebagai pengurus pasukannya sendiri AS25 Honda Racing Team pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia dalam kelas Wira.