ITALI telah layak ke Euro 2024 tetapi hanya selepas Mykhailo Mudryk dinafikan mendapatkan sepakan penalti lewat permainan untuk Ukraine.
Penyandang juara Eropah itu memperoleh mata yang mereka perlukan apabila mereka mengekalkan seri tanpa jaringan gol dengan Ukraine.
Keputusan itu mencukupi untuk menamatkan Kumpulan C sebagai naib juara di belakang England yang memperoleh keputusan seri 1-1 di Macedonia Utara.
Pasukan Ukraine dinafikan penalti secara kontroversi menentang Itali selepas pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR) pada minit ke-92, menyebabkan mereka perlu layak ke Euro 2024 melalui perlawanan play-off.
The Three Lions mendahului kumpulan dengan 20 mata manakala Itali mendahului lawan mereka awal pagi tadi, yang mendapat jumlah mata yang sama sebanyak 14.
Namun, tempat Azzuri di perlawanan musim panas akan datang di Jerman telah dijamin berdasarkan rekod pertemuan langsung mereka.
Bagaimanapun, Ukraine percaya mereka sepatutnya diberi peluang untuk menang.
Mereka ditolak sepakan penalti pada minit ke-93 selepas semakan VAR apabila Bryan Cristante dari Itali nampaknya melakukan pelanggaran ke atas Mudryk, pemain sayap Chelsea, di dalam kotak penalti.
Rata-rata rakyat Ukraine berang dengan keputusan itu. Sebilangan peminat bola sepak di seluruh dunia turut merasa kesal setelah melihat rakaman pertembungan tersebut dan segera meluahkan kemarahan mereka di media sosial.
“Keputusan yang amat teruk di sini,” kata seorang penyokong yang berang. Seorang lagi berkata: “Bagaimana VAR tidak memberikannya (sepakan penalti)?”
“Itu satu keputusan yang teruk. Ukraine telah dianiaya oleh VAR,” tulis penonton yang lain. Peminat lain menyatakan ia ‘mengejutkan’ dan mendakwa ia adalah ‘100 peratus penalti’.
“Pasti penalti,” tambah seorang peminat lagi, sementara keputusan itu dipanggil ‘teruk’ oleh penyokong lain di media sosial. Seorang yang lain berkata: “Bola sepak benar-benar sudah rosak. Keputusan yang benar-benar tidak masuk akal.”