PEMAIN pertahanan Bawah 23 Tahun negara, Muhammad Azam Azmi Murad dikhabarkan masih berada di hospital selepas berlaku pelanggaran ketika aksi bertemu Thailand bagi saingan Kumpulan B Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Stadium Thien Truong, Vietnam pada Sabtu malam.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 21 tahun itu diusung keluar pada separuh masa kedua mengalami kecederaan gara-gara kekasaran pemain lawan.

Pemain tengah Terengganu FC itu difahamkan berada dalam keadaan ‘okay’ namun masih dipantau oleh pihak doktor.

Azam mengalami kecederaan di bahagian kepada berikutan terkena hantukan agak kuat dengan pemain Thailand.

Pada aksi tersebut, Malaysia memberi kegembiraan selepas menang 2-1 ke atas Thailand menerusi jaringan Danial Asri dan Nur Azfar Fikri Azhar.

Skuad Brad Maloney ini akan meneruskan aksi kedua bertemu Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) ini dan Kemboja pada 16 Mei.