PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia telah tersingkir daripada Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas tewas straight set 19-21, 16-21 kepada pemain Hong Kong Ng Ka Long Angus pada pusingan pertama di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Rabu.

Juara 2022 itu dikalahkan lawan dalam tempoh 39 minit permainan sekali gus gagal mempertahankan gelaran perseorangan lelaki yang dimenanginya di Filipina tahun lalu.

Terdahulu, Ng Tze Yong juga kandas selepas tewas pada pusingan pertama 17-21, 18-21 di tangan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

 

ARTIKEL BERKAITAN : BAC: Lawan sukar pusingan pertama buat Zii Jia dan beregu utama lelaki negara

 

 

Sementara itu, beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengibarkan cabaran Malaysia  apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, pasangan itu yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan itu menerima tentangan sengit daripada gandingan Indonesia, Carnando-Daniel Marthin.

Pertarungan tiga set menyaksikan Aaron Chia-Wooi Yik menewaskan lawan, 19-21, 21-19, 22-20.