PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas menumpaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie 21-17 23-21 dalam aksi final di Manila, Filipina pada Ahad.
Zii Jia yang juga pilihan ketiga kejohanan berjaya menamatkan penantian Malaysia selama enam tahun tanpa gelaran kategori perseorangan lelaki di BAC.
Penampilan di pentas final ini adalah kemenangan kelima Zii Jia ke atas Christie sepanjang kerjayanya.
Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekadar muncul naib juara dalam acara beregu lelaki di kejohanan ini.
Pasangan negara bagaikan serba tak menjadi apabila tewas straight set 21-23, 10-21 kepada pasangan Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yermia Rambitan.