BEKAS pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC Baddrol Bakhtiar selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia apabila turun mengundi di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Kebangsaan Tasik Apong, Sungai Petani.
Baddrol yang merupakan calon kawasan (N.22) Gurun yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), Kedah sempat memohon restu dan doa dari bapanya agar urusannnya dipermudahkan.
Dia hadir bersama isteri mengundi pada sekitar jam 9 pagi dalam keadaan cuaca yang agak baik.
Sementara itu, dia mengingatkan rakyat Malaysia agar menunaikan tanggungjawab untuk mengundi lebih awal kerana dikhuatiri ianya akan menjadi lebih sesak pada waktu petang.
Bagi yang masih dalam perjalanan untuk pulang mengundi, dia sempat menzahirkan peringatan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu.