BEKAS ketua pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar sah diumumkan sebagai salah satu calon yang bakal bertanding ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan dijalankan pada 12 Ogos 2023.
Baddrol yang membuat kejutan meninggalkan sukan bola sepak untuk menyertai politik telah diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri N22 Gurun ketika Majlis Pengisytiharan Calon yang diadakan di Alor Star pada Rabu.
Dia yang pertama kali dinamakan sebagai calon bakal bertanding untuk memenangi hati rakyat dan sekiranya dipilih, dia akan berbakti kepada di Gurun untuk tempoh lima tahun akan datang.
Turut dinamakan sebagai calon adalah seorang lagi bekas pemain Kedah, Radhi Mat Din yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri N14 Alor Mengkudu sekaligus menyaksikan dua nama besar dalam bola sepak Kedah berpeluang menjadi wakil rakyat.
Menerusi perkongsian di laman sosial peribadinya, Baddrol sudah mula menjalankan tugasan menyantuni pengundi dan dia kelihatan tidak kekok melakukan perkara itu.