DUA pemain badminton perseorangan para negara, Cheah Liek Hou dan Muhammad Fareez Anuar masing-masing mengetuai Kumpulan A dan B sekaligus layak ke separuh akhir Sukan Paralimpik Paris 2024.

Pemain senior yang juga pemenang pingat emas di Paralimpik Tokyo empat tahun lalu itu tidak berdepan dengan kesukaran untuk mencatat semua kemenangan bagi Kumpulan A dan mengesahkan layak ke saingan separuh akhir selepas mengetepikan pencabar Indonesia Nugroho Suryo dengan straight set 21-10,21-13.

Fareez mengesahkan tiket ke separuh akhir.

Manakala Fareez sudah mengesahkan layak ke separuh akhir selepas mempamerkan aksi terbaik dengan menewaskan pemain Jepun Imai Taiyo 17-31,21-17 dan 21-17 bagi saingan Kumpulan B.

Apa yang menarik, Leik Hou dan Fareez  yang beraksi dalam kategori SU5 (kecacatan kekal) bakal bertemu di pentas akhir, perebutan emas sekiranya mereka berjaya menewaskan lawan masing-masing yang kedua-duanya dari Indonesia.

Liek Hou bakal bertemu Anrimusthi Dheva, manakala Fareez akan berdepan dengan Nugroho Suryo.