JAGUH badminton para perseoranga negara, Cheah Liek Hou mudah mara ke final selepas menang mudah ke atas pemain Indonesia Suryo Nughoro pada aksi di Arena Porte de La Chapelle, Paris.
Kemenangan 21-17,21-17 ke atas Suryo ini menyaksikan Liek Hou hanya selangkah lagi untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Sementara itu, seorang lagi pemain negara yang beraksi di saingan separuh akhir Muhamad Fareez Anuar terpaksa melupakan hasrat untuk bertemu Liek Hou di pentas akhir selepas tewas kepada pemain Indonesia, Dheva Antrimusthi.
Pada aksi tersebut Fareez mengheret permainan ke rubber set selepas tewas pada set pertama 12-21, namun bangkit mendahului Dheva 21-14 pada set kedua.
Bagaimanapun pada set ketiga Fareez terpaksa akur dengan penguasaan lawan sebelum tewas 6-21.
Kekalahan ini menyaksikan Fareez masih berpeluang membawa balik pingat gangsa sekiranya dia berjaya menewaskan lawannya, Suryo.