BAHANG 100 hari saingan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada Januari depan semakin terasa bagi 24 pasukan yang bakal bertanding.
Edisi ke-18 Piala Asia tahun ini menyaksikan Qatar yang bergelar juara bertahan menjadi tuan rumah dan kini sedang melakukan persiapan rapi menjelang aksi berprestij bola sepak Asia ini.
Antara persiapan yang sedang berlangsung di Doha kini adalah Bengkel Pasukan Piala Asia AFC selama tiga bermula 4-6 Oktober.
1️⃣0️⃣0️⃣ hari lagi menjelang sepak mula Piala Asia 2023 di Qatar pada 12 Januari 2024!
Skuad Harimau Malaya 🇲🇾 yang bersaing dalam Kumpulan E akan menentang Jordan pada 15 Januari, Bahrain pada 20 Januari dan Republik Korea pada 25 Januari 2024.#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/NdsNo71nQE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 4, 2023
Empat wakil setiap pasukan hadir dalam program ini termasuk Malaysia yang diwakili Steven Paul (pegawai pentadbir pasukan), Wan Fakhrul Wan Bakar (pegawai media pasukan), ASP Mohd Hasni Hussin (pegawai keselamatan pasukan) dan Dr Mohd Zaidi Saleh (doktor pasukan).
Antara pembentangan atau intipati yang disampaikan sepanjang bengkel ini berlangsung adalah mengenai pengurusan perlawanan, medikal, tiket, keselamatan, kad akreditasi dan beberapa perkara lain lagi.
Piala Asia 2023 bakal bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024. Pasukan Malaysia berada dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.