SKUAD Bahrain menepati sasaran yang ditetapkan apabila berjaya memenangi perlawanan ketiga berturut-turut apabila menewaskan Turkmenistan 1-0 dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Gol penalti yang disempurnakan oleh Abdulla Yusuf Helal pada minit ke-24 sudah cukup untuk memberikan Bahrain tiga mata sekaligus muncul juara kumpulan dan layak ke Piala Asia 2023.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun dihampakan ketumpulan penyudah dan juga ketangkasan penjaga gol masing-masing.
Turkmenistan yang cuba mencari keputusan positif dari perlawanan ini dilihat tidak mampu memberikan tekanan kepada Bahrain yang jelas selesa menguasai permainan.
Bahrain jelas berada pada kelas tersendiri dan berhak muncul juara kumpulan dengan sembilan mata manakala Turkmenistan terpaksa berpuas hati hanya tiga mata dan gagal ke Piala Asia.
Keputusan ini juga menyaksikan Malaysia kekal di tangga kedua Kumpulan E dan semakin menghampiri kelayakan ke Piala Asia tahun hadapan.