BINTANG Real Madrid, Jude Bellingham berada di tangga teratas dalam senarai baju paling banyak dijual di seluruh Eropah bulan lalu.

Menurut Fanatics, tiada seorang pun yang telah menjual lebih banyak jersi daripada Bellingham di seluruh benua pada bulan Oktober lalu.

Bellingham telah menjadi tumpuan ramai sejak pemindahannya ke Real Madrid dengan bayaran £115 juta (RM680 juta) pada musim panas sekali gus menjadikannya pemain British paling mahal sepanjang zaman.

Pemain tengah Real Madrid itu telah mencatatkan pencapaian cemerlang bersama Los Blancos dengan menjaringkan sebanyak 13 gol dan tiga bantuan dalam 13 perlawanan di semua pertandingan. Prestasinya yang cemerlang membawa kepada kemenangan Anugerah Kopa dalam majlis anugerah Ballon d’Or tahun ini, sebagai pemain muda terbaik tahun ini.

Bellingham mula memukau bersama Real sejak mencipta rekod perpindahan.

Pemain muda berusia 20 tahun itu juga mendominasi di luar padang. Bekas pemain Birmingham City ini berada di tempat pertama dalam senarai 10 teratas, yang menjadi kejutan buat United.

Bintang super Manchester City, Erling Haaland, yang telah membawa pasukan Pep Guardiola meraih treble yang mengagumkan musim lalu telah mencatatkan 13 gol dan tiga bantuan dalam 16 perlawanan berada di tangga kedua.

Tangga ketiga diikuti dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe. Namun begitu, kontraknya dengan kelab tersebut akan tamat pada bulan Jun dan tiada petunjuk bahawa dia akan memperbaharui kontraknya kerana mengejar peluang bermain bersama Bellingham di Real.

Image

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe berada kedudukan ketiga rekod penjualan baju.

Marcus Rashford dari Manchester United berada di tempat keempat walaupun prestasinya tidak begitu memuaskan pada musim ini apabila dia menyerlah pada musim lalu dengan pencapaian menjaringkan 30 gol dan 11 bantuan yang mengagumkan dalam 56 penampilan.

Sementara itu, Son Heung-min menduduki tempat kelima dengan lapan gol dalam 11 pertandingan setakat ini dan membuatkan semua peminat Tottenham melupakan Harry Kane. Bintang Liverpool, Mohamed Salah pula berada di tempat keenam walaupun terdapat spekulasi kuat mengenai pemindahannya ke Arab Saudi dalam masa terdekat, dengan pemantauan Al-Ittihad.

Kevin De Bruyne berada di tempat ketujuh selepas musim yang cemerlang bersama City, menunjukkan betapa peminat menantikannya kembali dari kecederaan hamstring. Namun, penambahan yang paling mengejutkan adalah di tempat kelapan iaitu pemain United, Alejandro Garnacho.

Walaupun Garnacho belum merekodkan sebarang gol dalam Liga Perdana atau Liga Juara-Juara musim ini, tetapi pemain sayap itu masih dianggap sebagai bintang yang bakal mencipta prestasi cemerlang oleh banyak pihak.

Pemain antarabangsa Argentina itu mendahului bintang-bintang seperti Bukayo Saka dari Arsenal dan Vinicius Junior dari Real Madrid, yang masing-masing menduduki tempat kesembilan dan ke 10.