[EKSKLUSIF]
MELANGKAH kaki ke dunia bola sepak sebagai barisan pengurusan bukanlah tugas mudah kerana paling penting adalah ‘kantung’ kelab perlu stabil.
Namun bagi ahli perniagaan, Datuk Megat D.Shahriman Zaharudin sudah bersedia dengan tanggungjawab yang bakal dipikul sekiranya impian untuk memiliki 51 peratus saham Kelab Kuala Lumpur City FC tercapai. Malah beliau juga ‘aware’ dengan masalah tunggakan gaji pasukan masih belum selesai setakat ini.
Ikuti perbualan eksklusif FLASH SUKAN bersama Megat D. Shahriman mengenai impiannya memiliki kelab yang kini berdepan dengan masalah kewangan.