PEMILIK Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar terus gigih mencari formula terbaik buat pasukan bola sepak negeri itu apabila mengadakan pertemuan dengan Penaja Utama Kedah FC di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Menerusi perkongsian dalam laman Facebook pada Selasa, beliau sempat berbual santai dengan rakan penaja termasuklah mengenai persiapan Sang Kenari musim ini.

Rakan penajanya bertanya : “Bolehkah Kedah menjadi juara tahun ini ?

Lalu beliau menjawab : “Kami akan cuba sedaya upaya dan berjuang”

 

 

Kini, penyokong Kedah mula mengharap dan berspekulasi adakah jutawan dari negara Arab yang bakal menjadi penaja utama skuad Hijau Kuning.

Apapun, semoga peminat setia Kedah terus bersabar dan menunggu pengumuman rasmi dan dari mulut Mohd Daud sendiri apabila tiba masa yang ditetapkan.