PENANTIAN 64 tahun pasukan Wales membuahkan hasil apabila sepakan percuma Gareth Bale terbias pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko sekaligus menyaksikan Wales menang tips 1-0 menentang Ukraine dalam aksi play-off yang berlangsung di Stadium Cardiff City awal pagi Isnin.

Presiden Wales, Mark Dreadford turut tidak ketinggalan meraikan kejayaan pasukan tersebut bersama penyokong-penyokong yang hadir ke stadium.

“Ia menakjubkan apabila seluruh negara bersorak untuk kejayaan pasukan Wales,” jelas Dreadford.

Sementara itu, nada yang sama turut dilontarkan kapten pasukan, Gareth Bale apabila berjaya menjadi arkitek perlawanan bagi menghasilkan jaringan tersebut.

“Ia keputusan menakjubkan dalam sejarah pasukan bolasepak Wales,” ujar Bale.

Kekalahan pasukan Ukraine jelas digambarkan pada raut wajah penyokong kerana pasukan bola sepak mereka tersingkir dan negara tersebut masih berada di bawah takluk Rusia.

Bagaimanapun, kesemua penyokong menunjukkan solidariti terhadap Ukraine sebelum mula perlawanan dengan mengibar bendera tanda simpati terhadap penaklukan Rusia terhadap negara tersebut.

Kemenangan itu mengesahkan kemaraan pasukan Wales ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah negara British tersebut.

Wales bakal beraksi bersama USA, Iran dan England dalam kumpulan B Piala Dunia yang akan berlangsung pada November depan.