ROMBAKAN pemain dijangka berlaku dalam waktu terdekat terutamanya membabitkan pemain beregu di bawah kendalian Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.

Hal itu bagaikan dapat dihidu, apabila barisan pemain yang dirancang mengambil bahagian di Terbuka Australia yang sedang berlangsung, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, barisan pemain beregu elaki, beregu wanita dan beregu campuran, hanya menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Dua pemain yang baharu digandingkan kira-kira sejak dua bulan lalu, Chen Tang Jie dan Yap Ling, masih belum diuji di pentas kejohanan dan nama mereka tersenarai untuk aksi di Terbuka Australia, namun sebaliknya perancangan itu dibatalkan.

Chen Tang Jie sedia menunggu perancamgan terbaru jurulatih membabitkan pemain beregu campuran

“Ya betul kami tidak pergi kerana seminggu sebelum Terbuka Australia, jurulatih ada bermesyuarat bersama pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Jurulatih (Rexy) ada beritahu yang mereka mempunya rancangan baharu untuk pemain di bahagian beregu campuran, berikutan pengunduran tiga pemain senior,” kata Tang Jie.

Awal bulan ini, Peck Yen Wei, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See menghantar surat kepada BAM untuk meninggalkan badan induk badminton negara itu, berkuatkuasa 30 November ini.

Ketiadaan tiga pemain senior yang cukup berpengalaman itu memberi kesan kepada perancangan yang dirangka Rexy dan BAM sendiri.

Justeru, Tang jie dan Yap Ling belum tahu mengenai kedudukan mereka, sama ada akan terus digandingkan mahupun dipisahkan.

Malah, mereka tidak menolak kemungkinan perlu bermain dalam beregu lelaki mahupun beregu wanita.

Jurulatih lebih tahu kelebihan, kekurangan dan kesesuaian pemain-Yap Ling

“Bagi saya, dalam latihan saya dan Tang Jie ada keserasian dan saya lebih senang kerana saya dapat bermain corak permainan sendiri.

“Tetapi semuanya terserah kepada jurulatih kerana mereka lebih tahu ,” kata Yap Ling, yang sebelum ini hanya bermain dalam beregu wanita.

Yap Ling mula bergandingan bersama Teoh Mei Xing, muncul naib juara Cabaran Antarabangsa India  2019, sebelum bergandingan bersama Go Pei yang menjadi pasangan beregu wanita terakhirnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Rexy enggan tekan butang panik

BAM hilang tiga pemain beregu campuran, Peng Soon-Yee See ucap selamat tinggal