BARCELONA sedang menstruktur semula gaji pemain kelab itu apabila dihimpit krisis kewangan.

Terbaharu Blaugrana dilaporkan bakal memotong gaji pemain sehingga 50 peratus!.

Barcelona muncul kelab dengan hutang tertinggi di Eropah saat ini berdasarkan lembaga audit kewangan terkemuka, Deloitte. Kelab asal Catalunya itu memiliki tunggakan sebesar 1.35 juta euro !

Hutang besar Barcelona berlaku semasa era pengurusan Josep Maria Bartolomeu (gambar) hinggakan ada ansuran pemain yang belum dilunaskan.

Krisis kewangan bertambah parah dengan pandemik Covid-19 di awal 2020 yang menghalang aliran kutipan tunai perlawanan di tempat sendiri.

Pelbagai cara telah dilakukan Barcelona supaya dapat bertahan di tengah krisis kewangan ini, antaranya memotong gaji pemain demi menjimatkan pengeluaran.

Dipetik laporan Mundo Deportivo, Barcelona bakal mengurangkan gaji para pemain hingga 50 peratus. Langkah ini diambil agar Los Cules boleh mendaftarkan pemain baru tanpa melanggar peraturan had gaji pemain La Liga.

Pemotongan gaji Barcelona tidak berlaku untuk para pemain baru atau pegawai yang sebelum ini memperbaharui kontrak. Bayaran mereka sudah disesuaikan dengan skim gaji baru yang ditetapkan.

Keputusan pemotongan gaji ini dipersetujui ahli majlis pada 16 Jun 2022. Barca juga merancang menjual 49 peratus lesen dagangan, serta mengintai tawaran baharu untuk hak televisyen.

Ini bukan kali pertama Barcelona memotong gaji para pemainnya. Pada 2021, Blaugrana memotong upah pemain sebanyak 145 juta euro atau menjimatkan 30 peratus pengeluaran gaji pemain berbanding tahun sebelumnya.