BARCELONA melalui kenyataan rasmi, menyatakan mereka telah memecat Xavi Hernandez daripada kerusi kejurulatihan pada penghujung musim ini.
Keputusan ini dibuat oleh kelab selepas memaklumkan Xavi akan kekal mengetuai Blaugrana untuk musim 2024/2025 hanya empat minggu lebih awal.
“Hari ini, Jumaat, Presiden Barcelona Joan Laporta telah memberitahu Xavi Hernandez bahawa dia tidak akan meneruskan sebagai jurulatih pasukan utama untuk musim 2024/2025.
“Barcelona ingin mengucapkan terima kasih,” menurut kenyataan rasmi kelab itu pada Jumaat.
Barcelona dilaporkan telah menyediakan pengganti yang berpotensi untuk Xavi sebagai ketua pasukan musim depan. Tokoh yang dikaitkan ialah Hansi Flick.
🚨 OFFICIAL: Barcelona statement confirm that Xavi Hernández has been fired. pic.twitter.com/8ClddJqxbb
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 24, 2024
Jurulatih Jerman itu dilaporkan hanya menunggu dokumen rasmi dari Barcelona untuk menandatangani kontrak sebagai jurulatih baharu pasukan Catalan itu.
Xavi yang berstatus legenda kelab mula melatih Barcelona pada 2021. Bagaimanapun, kariernya tidak boleh dikatakan cemerlang ketika membimbing pasukan yang berpangkalan di Camp Nou.
Xavi hanya memenangi dua gelaran sepanjang tiga musim di sana. Dia memenangi satu kejuaraan Liga Sepanyol dan Piala Super Sepanyol pada musim 2022/2023.