BARISAN pertahanan Sabah FC melaksanakan tugas dengan cemerlang apabila membantu meraih kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Kemenangan ini juga berjaya membalas kekalahan 1-0 ketika pusingan pertama di Likas selepas Park Tae Su berjaya menjaringkan gol cantik apabila menerima menerima hantaran Jackson De Souza pada minit ke-62.
Kedua-dua pemain pertahanan ini bukan sahaja cemerlang ketika bertahan bersama-sama Dominic Tan dan Rizal Ghazali tetapi juga dapat memberikan tiga mata penuh buat Sang Badak untuk terus mengekori rapat kedudukan pendahulu liga.
Negeri Sembilan FC yang mahu kembali mencari kemenangan selepas mengikat Terengganu di Gong Badak tempoh hari dilihat bermain sedikit tertekan dengan barisan hadapan yang kurang menyengat hingga dikeluarkan pada pertengahan babak kedua.
Perlawanan perebutan tempat kedua liga ini disaksikan 8,957 orang namun penyokong tuan rumah kecewa apabila terpaksa menerima kekalahan kedua dalam liga dan juga kekalahan kedua di tempat sendiri.
Tidak ada sebarang percubaan berbahaya dapat dicipta barisan pemain K.Devan pada separuh masa kedua hingga membuatkan anak buah Datuk Ong Kim Swee mampu mengawal perlawanan sekaligus muncul pemenang dan menggembirakan penyokong setia mereka yang hadir.
Dengan kemenangan ini, Sabah FC kekal di tangga kedua dengan 22 mata dari sepuluh permainan manakala Negeri Sembilan FC ketiga dengan 20 mata tetapi sudah bermain 12 perlawanan.