PEMAIN tengah England, Ross Barkey menjaringkan dua gol dengan penyerang Arsenal yang dipinjamkan, Nicolas Pepe turut mencatatkan nama selaku penjaring ketika Nice membelasah Montpellier dalam Ligue 1.

Pepe mendapat gol pertama pada minit ke-15 dan Kephren Thuram-Ulien menjadikan kedudukan 2-0 selang 20 minit kemudian untuk selesa didepan pada babak pertama.

Pepe sekali lagi meledak gol ketiga buat pasukan dan kedua peribadinya selepas 11 minit babak kedua bersambung sebelum Andy Delort menambah gol keempat pada minit ke-75.

Pelewat berjaya merapatkan jurang perbezaan menerusi hasil jaringan Teji Savanier minit ke-80 namun dua gol jaringan Barkey minit 82 dan 85 melengkapkan malam gemilang buat Nice dengan kemenangan 6-1.

Barkley, 29, telah bermain 33 kali untuk England tetapi meninggalkan Chelsea pada Ogos sebelum menandatangani Nice dengan perpindahan percuma beberapa hari kemudian.

Ia adalah perlawanan pertama Nice sejak mereka tewas 1-0 pada hari Ahad kepada pasukan divisyen tiga Le Puy Foot 43 dalam pusingan 64 terakhir Piala Perancis.