BAKAL jadi kenyataan!.

Stadium Shah Alam dan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bakal dirobohkan selepas setahun pengumuman mengenai pembangunan baharu kawasan seluas 200 ekar itu.

Berita tersebut pastinya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat sukan di Selangor khasnya peyokong-penyokong bola sepak.

Sabtu lalu, menerusi platform X (Twitter) Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membalas pertanyaan seorang pengikutnya mengenai “Bilanya nak start pecah tanah SSA”?.

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam,” balas Amirudin ringkas.

Pada September tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Norita Mohd Sidek berkata, bukan hanya Stadium Shah Alam akan dirobohkan malah, keseluruhan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) termasuk Stadium Malawati, di tapak seluas lebih 200 ekar itu akan turut diroboh dan dibangun semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Stadium Shah Alam sah bakal dirobohkan!

“Kita sudah serahkan rekabentuk konsep awal kepada kerajaan negeri, yang dijangka diluluskan tahun ini,” katanya, pada Majlis Taklimat Pengarang Pembangunan KSSA.

Rekabentuk konsep awal Stadium Shah Alam

Turut dilaporkan, kos baik pulih Stadium Shah dianggarkan menelan RM700 juta, sedangkan stadium berusia 28 tahun itu dibina pada kos RM400 juta.