SELESAI aksi 90 minit di padang, kehangatan perlawanan antara Kuala Lumpur City FC berdepan Johor Darul Ta’zim berterusan, namun kali ini bas penyokong JDT pula yang menjadi sasaran apabila dibaling dengan batu dan objek keras.
Menurut perkongsian di laman media sosial Twitter, ada peminat JDT mendakwa bas mereka dibaling oleh kumpulan penyokong tuan rumah yang digelar casual ekoran tidak berpuas hati tewas di laman sendiri.
Mengimbau rekod, kejadian sebegini bukanlah kali pertama dalam sejarah bola sepak tanah air kerana baru-baru ini bas pemain Selangor FC turut menjadi mangsa balingan objek dari beberapa penyokong Terengganu FC.
Perangai bangang dah mula..x dpt terima kekalahan ke tu wahai fans2 KL? pic.twitter.com/FdFu9h1TKR
— MindaBernada (@DexterAwit) March 1, 2023
Namun, situasinya sedikit berbeza pada ketika itu kerana bas pemain Selangor yang menjadi sasaran ketika beraksi di Terengganu namun dalam aksi pada Rabu, bas penyokong Johor Darul Ta’zim yang menjadi sasaran beberapa kelompok individu tidak bertanggungjawab.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam, Johor Darul Ta’zim tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Super 2023 apabila berjaya menundukkan KL City 3-0.
Bas penyokong JDT dibaling batu semasa ingin keluar dr Stadium.Ya Allah kau permudahkanlah perjalanan kami.Amin…. pic.twitter.com/RIEDL324Ip
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 15, 2014
Gol pelawat dijaringkan menerusi gol sendiri, Romel Morales yang tertampan bola ke gawang sendiri, diikuti jaringan dari Endrick Dos Santos dan pemain paling bernilai musim 2022, Arif Aiman Hanapi.