ENEA Bastianini muncul juara MotoGP untuk kali ketiga musim ini apabila Gresini Racing itu menjuarai Grand Prix Perancis di Litar Le Mans.
Bastianini menampilkan perlumbaan hebat di hadapan 110,000 penyokong dan berjaya mengutip 25 mata maksimum selepas pelumba Ducati, Francesco Bagnaia terjatuh dan terkeluar dari perlumbaan.
Jack Miller dan Aleix Espargaro melengkapkan kedudukan podium sementara pelumba tempatan, juara dunia Fabio Quartararo dan Johann Zarco terpaksa berpuas hati di tangga keempat dan kelima.
Bastianini dan Bagnaia bersaing hebat sejak awal perlumbaan sebelum Bagnaia melakukan kesilapan dan terkeluar dari perlumbaan dan memberikan Bastianini ruang untuk bergelar pemenang.
Marq Marquez menamatkan perlumbaan di tangga keenam manakala Taakagi Nakagami ketujuh dan Brad Binder kelapan. Luca Marini dan Maverick Vinales melengkapkan 10 pelumba teratas.
Sementara itu dalam saingan Moto 2, Augusto Fernandez muncul juara manakala Jaume Masia menjuarai kategori Moto3 untuk memberikan pasukan Ajo KTM kemenangan berganda.
Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Litar Mugello untuk Grand Prix Itali dan Aprilia pastinya mahu mencatatkan keputusan cemerlang di litar mereka sendiri.