KEMENANGAN skuad lelaki negara ke atas Taiwan pada perlawanan terakhir kumpulan B, membuka laluan mudah di suku akhir, apabila diundi menentang Singapura, petang Jumaat.

Meskipun menang tipis 3-2 ke atas lawan, ianya sudah cukup untuk memberi kelebihan laluan lebih mudah untuk skuad negara mempertahan kejuaraan.

Lee Zii Jia membuka kelebihan apabila meraih mata pertama menerusi kemenangan 21-16, 21-13 ke atas peresorangan utama Taiwan, Lin Chun Yi, sebelum kedudukan berubah 1-1, apabila kapten Soh Wooi Yik dan Aaron Chia, tewas kepada gandingan pecahan Taiwan, Lee Jhe Huei-Lee Yang, 21-23, 17-21.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menyumbang mata kemenangan skuad negara ke atas Taiwan.

Leong Jun Hao yang berada di ranking ke-28 dunia melebarkan pendahuluan apabila menundukkan pemain ranking ke-33 dunia, Lee Chia Hao, 21-19, 21-17.

Selepas itu, beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengesahkan kemenangan pasukan negara dengan menundukkan satu lagi beregu pecahan Taiwan, Wang Chi Lin-Yang Po Han 21-19, 21-14, sebelum perseorangan ketiga, Eogene Ewe tunduk 16-21, 14-21 kepada Chi Yu Jen.

Beregu utama negaara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal menyumbang mata pada perlawanan penting menentang Taiwan.

Saingan suku akhir lelaki akan bermula jam 4 petang esok.

Selain Malaysia menentang Singapura, China diundi berdepan Indonesia, Korea Selatan menentang Taiwan dan India berdepan Jepun.

Dalam pada itu, skuad wanita negara berpeluang menyamai pencapaian tahun lalu, setelah diundi berdepan Indonesia di suku akhir.

Indonesia yang juga juara bertahan, menghantar barisan pelapis, muncul juara kumpulan A yang turut dianggotai Hong Kong dan Kazakhstan.

Hong Kong muncul naib juara kumpulan X diundi berdepan juara kumpulan W, India, manakala China yang berdepan juara kumpulan Z, Jepun.

Satu lagi pertemuan suku akhir wanita membabitkan juara kumpulan Y menentang naib juara kumpulan Z, Taiwan.