BAYI kembar lelaki kepada pasangan Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez dilaporkan meninggal dunia pada pagi Selasa.
Berita sugul ini disampaikan Ronaldo menerusi media sosial dan mereka memang sudah menantikan anak kembar, sejak mengumumkan kehamilan pada akhir Oktober 2021 lalu.
“Kami mengumumkan bahawa bayi lelaki telah meninggal dunia. Ini adalah satu perasaan pedih yang terbesar buat orang tua.
“Hanya kelahiran bayi perempuan yang memberikan kami kekuatan untuk melalui saat ini dengan kilauan harapan dan kegembiraan,” tulis kenyataan Ronaldo dan Georgina melalui satu hantaran di Instagram.
Ronaldo dan Georgina turut mengumumkan bayi perempuan mereka lahir dengan selamat.
“Kami ingin berterima kasih kepada para doktor dan jururawat dan sokongan diberikan. Kami memohon untuk diberikan privasi di masa yang sukar buat masa ini.
“Anak lelaki kami tersayang, kamu adalah malaikat kami. Kami akan selalu mencintaimu,”katanya lagi.