PARIS Saint-Germain (PSG) menolak peluang untuk menandatangani bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo kerana mereka tidak mempunyai ruang untuknya dalam pasukan yang sudah penuh dengan pemain berstatus besar.

Ronaldo telah menggegarkan bos baharu Erik ten Hag dengan permintaannya untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini kerana dia mahu bersaing untuk trofi, dan terdapat beberapa kelab yang mampu membayar gaji £500,000 seminggu.

Menurut laporan ESPN, PSG adalah salah satu kelab yang mempunyai kuasa untuk membawa masuk Ronaldo, tetapi pihak yang mempunyai kekuatan kewangan gergasi Perancis itu akan bergelut untuk mendapatkan perjanjian sedemikian, yang mendakwa kelab itu menolak peluang tersebut selepas perbincangan antara presiden Nasser Al-Khelaifi dengan ejen pemain itu Jorge Mendes.

Al-Khelaifi dan Mendes mempunyai hubungan rapat dan bertemu pada musim panas ini selepas yang terbaharu menawarkan kliennya kepada juara Ligue 1 itu.

Tetapi PSG percaya mereka tidak mempunyai ruang yang cukup dalam bajet gaji untuk menampung Ronaldo, dan juga bimbang mereka tidak akan dapat memasukkannya ke dalam skuad utama kerana ia sudah dipenuhi dengan nama-nama besar seperti Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar.

Mereka juga percaya Ronaldo bukan pemain yang tepat pada masa ini, dengan PSG memasuki era baharu berikutan perubahan hierarki selepas bersetuju dengan syarat baharu bersama Mbappe.

PSG sudah memilki rangkaian penyerang di barisan hadapan iaitu Neymar, Mbappe dan Messi. Foto: Getty Images

Mauricio Pochettino telah pun dipecat sebagai pengurus dengan Christophe Galtier dilantik sebagai penggantinya, manakala pengarah Leonardo juga telah dipecat.

Galtier mahu bermain dengan tiga pemain belakang di PSG, yang akan menyukarkannya untuk mencari ruang buat Mbappe, Neymar dan Neymar di barisan serangan sekaligus menandatangani Ronaldo hanya akan memburukkan lagi dilema ini.

Pilihan Ronaldo kelihatan semakin berkurangan selepas laporan bahawa Bayern Munich juga telah menolak peluang untuk menandatanganinya – sementara Chelsea yang dikatakan mengejarnya tetapi terdapat kebimbangan sama ada dia akan sesuai dengan sistem Thomas Tuchel.

Isu ini timbul selepas Ronaldo terlepas permulaan pramusim United dan diketepikan daripada lawatan mereka ke Australia dan Thailand di atas sebab-sebab peribadi.

Bercakap sebelum pasukannya membelasah Liverpool 4-0 di Thailand, Ten Hag menegaskan Ronaldo bukan untuk dijual dan pemain itu ada dalam rancangannya.

“Kami ada perancangan untuk Cristiano Ronaldo musim ini dan itu sahaja. Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya. Cristiano bukan untuk dijual.

Ten Hag (tengah) ketika aksi pramusim Manchester United menewaskan Liverpool di Thailand pada Selasa. Foto: Getty Image

“Dia ada dalam rancangan kami dan kami mahukan kejayaan bersama.

“Saya tidak boleh beritahu (mengenai Ronaldo menyertai jelajah) kerana ketidakhadirannya sudah jelaskan dan itu sahaja buat masa ini. Dia tidak bersama kami dan ia disebabkan isu peribadi,” ujar bos United ini.

Malah Ten Hag turut memberitahu bahawa dia sudah bercakap dengan Ronaldo sebelum isu ini timbul.

“Saya berbual baik dengannya. Itu antara Cristiano dan saya. Apa yang boleh saya sahkan ialah kami mempunyai perbualan yang sangat baik bersama. Saya tidak bercakap dengannya selepas (berita itu).”

Komen Ten Hag mencerminkan pendirian kuat United selepas kelab itu menegaskan bahawa Ronaldo tidak dijual dan kekal di bawah kontrak berbaki selama setahun lagi.

United sudah pun ada pengganti tempat yang ditinggalkan Paul Pogba dan Edinson Cavani, namun tidak mampu untuk membeli pengganti Ronaldo dengan masa kurang sebulan lagi sebelum musim bermula.

United hanya menandatangani seorang pemain setakat ini, pertahanan Tyrell Malacia, dan bos Belanda itu juga kini mengejar bekas pertahanan Ajax Lisandro Martinez, serta Frenkie de Jong  (yang juga pernah bermain di bawahnya ketika di Ajax) yang kini bersama kelab gergasi LaLiga Barcelona. – DailyMail