SEJAK zaman bergelar pemain hingga ke jurulatih, keazaman Beh Lee Wei sentiasa membara mahu menagangkat martabat sukan ping pong dan kini, jurulatih kebangsaan itu menetapkan matlamat memastikan ada wakil negara beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Meskipun sedar misinya itu amat sukar, memandangkan ranking pemain negara terlalu rendah untuk menyertai kejohanan besar yang menawarkan mata kelayakan lebih tinggi ke Olimpik Paris, kualiti yang ada pada anak didiknya menyebabkan dia nekad menyusun program.

Leee Wei  yang menerima anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2022, berkata, pengiktirafan itu menaikkan lagi semangatnya.

“Ini adalah satu pengiktirafan buat saya yang menjadi jurulatih selama ini, walaupun saya meninggalkan persatuan pada 2019 kerana mainan politik dalaman, tapi kini saya kembali,” katanya.

Lee Wei berkata, tempoh kelayakan untuk memungut mata ke Sukan Olimpik Paris 2024, belum bermula untuk sukan ping pong.

Justeru, beliau amat mengharapkan agar Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) menghantar pemain ke luar negara, menyertai banyak pertandingan kerana ranking pemain terlalu rendah.

“TTAM nak hanntar pemain bertanding ke luar negara, tetapi syarat daripada Persatuan Ping Pong Dunia (WTT) berbeza, ada kejohanan atlet kita tak boleh sertai,” katanya.

Walau sukar, skuad ping ;ong negara akan cuba memungut sebanyak mata untuk layak ke Olimpik Paris 2024.

Tempoh memburu mata kelayakan ke Olimpik Paris 2024 bagi sukan ping pong akan bermula September ini.

Kejohanan pertama utnuk kelayakan Olimpik adalah kejohanan peringkat benua, iaitu Kejohanan Asia di Pyeongchang, Korea Selatan pada 3 hingga 10 September, begitu juga dengan benua lain yang dianjurkan sekitar tarikh yang sama.

Kejohanan kedua pula adalah pada Kejohanan Dunia Berpasukan ITTF di Busan, Korea Selatan, pada 16-25 Februari tahun hadapan.

“Pemain kita ada standard yang tinggi dan jika kita mampu, saya yakin boleh mendapatkan slot bagi acara beregu campuran namun laluannya agak sukar,” kata Lee Wei, sambil mengesahkan kejohanan terdeka yang bakal disertai pemainnya, pada Kejohanna WTT Feeder Bangkok,4 hingga 9 September depan.

Negara memiliki pemain berkualiti seperti Alice Chang Li Sian, Ho Ying dan Karen Lyne Dick.

Olimpik Paris 2024, menawarkan lima pingat emas dalam sukan ping pong, menerusi acara perseorangan lelaki, wanita, berpasukan lelaki dan wanita serta beregu campuran.