BEKAS pemain nombor satu dunia Simona Halep, digantung sementara kerana doping selepas didapati positif bahan terlarang.
Menurut Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA) sampel air kencing Halep, yang diambil semasa Terbuka Amerika Syarikat (AS), menunjukkan kesan Roxadustat, ubat yang merangsang pengeluaran sel darah merah dan digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami masalah buah pinggang.
“Analisis seterusnya mendapati bahawa sampel A mengandungi FG-4592 (Roxadustat), iaitu bahan terlarang yang disenaraikan dalam Senarai Larangan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) 2022. Penemuan Analisis Buruk untuk bahan tidak spesifik membawa penggantungan sementara mandatori.
“Pemain berhak menggunakan hak mereka untuk meminta sampel B dianalisis, dan hasilnya mengesahkan penemuan dalam sampel A. Walaupun digantung sementara, pemain itu tidak layak bertanding atau menghadiri mana-mana acara tenis yang dibenarkan yang dianjurkan.
Halep, bagaimanapun menyuarakan akan ‘berjuang sehingga akhir untuk membuktikan dia tidak sengaja mengambil bahan terlarang selepas dia digantung sementara kerana doping.
Halep, kini berada di ranking kesembilan dunia menganggap doping positif itu satu kejutan tersebasar dalam hidupnya.
“Sepanjang kerjaya saya, tidak pernah terlintas untuk menipu, kerana ia sama sekali bertentangan dengan semua nilai didikan saya,” tweet pemain berasal dari Romania itu.
“Saya akan berjuang sehingga akhir untuk membuktikan bahawa saya tidak pernah mengambil apa-apa bahan terlarang dan saya percaya lambat laun kebenaran akan terbongkar,” katanya menerusi ciapan itu.
-NDTVSPORT